Assalamualikum..
Lama sudah tangan
tidak menaip dalam blog sendiri. Bukan tidak ada tetapi masa sentiasa
mencemburui diri ini. Alhamdulilah telah menamatkan zaman degree dan sekarang
sudah berada dalam alam pekerjaan walaupun hanya sementara. Rezeki Allah itu
sangat luas.
Hari ini ayie nak
berkongsi berkaitan dengan sebuah novel ini. Novel ini ayie beli masa on the way nak blik ke Tg Malim daripada Kuala
Lumpur. Lama sudah beli novel ini tetapi masih tidak bekesempatan hendak
menghabiskan novel ini. Masa rehat dekat sekolah, alhamdulilah dapat membaca
sebab nak hilangkan rasa bosan dalam bilik guru yang tidak ada wifi. Hehe
Tajuk Novel ini
ialah “Gadis Kecil di Pinggi Gaza”. Novel ini lebih mengisahkan
bagaimana seorang kanak-kanak bernama PALESTINE yang mempunyai jiwa dan
semangat juang menegakkan bumi Palestine yang sedang bergolak. Selain itu,
semangat kanak-kanak ini yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk bertemu
dengan ayahnya. Begitu kuat jiwa anak kecil PALESTINE ini. Ayie sangat
kagum dengan kanak-kanak Palestine. Sesungguhnya ganjaran syurga menanti untuk
mereka yang menegakkan ISLAM.
Selain itu, Novel
“Gadis Kecil di Pinggir Gaza” ini juga mengetengahkan berkaitan dengan
umat islam yang mempunyai semangat JIHAD yang tinggi untuk menjadi SUKARELAWAN
untuk membantu negera Palestine. Tabik dengan semangat mereka yang sanggup
bekorban apa sahaja demi memastikan Negara islam berada pada landasannya.
1 comments:
Subahannalah segala pujnian itu balik kepadaNya. Ayie terbaik sangat bagus ..terima kasih3X hanya Allah mampu membalasnya..
Post a Comment